SEJARAH PENUBUHAN KOPRIMA

Awal penubuhan KOPRIMA pada 5 September 1995 dengan nama Koperasi Kakitangan Imigresen Negeri Kelantan, nombor pendaftaran KOOP Negeri No. 219 YBhg. Dato’ Mohamed Zakri Bin Abdul Rashid (KP Imigresen ke 13) mahu mengembangkan koperasi ini ke seluruh Malaysia dan ditukarkan nama kepada Koperasi Imigresen Malaysia Berhad (KOPRIMA)

Pada tahun 1998, Koperasi Kakitangan Imigresen Negeri Kelantan mula beroperasi dengan nama baru ; KOPRIMA, dan kawasan operasi yang meliputi Imigresen seluruh Malaysia

Hampir 13 tahun KOPRIMA dikategorikan sebagai koperasi “domand”. En. Radiatulfitri Bin Dollah, Penolong Kanan Wilayah SKM Negeri Selangor pada ketika itu bertanggungjawab menggerakan semula dan mengawal selia KOPRIMA.

Hasil kerjasama antara Pihak Pengurusan dan Ahli Lembaga Koperasi dan dikuatkan lagi dengan kepercayaan dan sokongan daripada anggota, kini KOPRIMA semakin maju dan berkembang dari segi keanggotaan dan ekonomi. KOPRIMA akan terus mengorak langkah untuk terus maju dan sentiasa berusaha memberikan manfaat kepada anggotanya di masa akan datang.

We Care, We Share, We Save, We Serve

Leave a Reply