KOPRIMART merupakan salah satu cabang dari aktiviti perniaggan KOPRIMA yang penting. KOPRIMART merupakan kedai yang menjual barangan runcit di cawangan-cawangan pejabat Imigresen. Disamping perniagaan runcit, KOPRIMART turut memainkan peranan sebagai medium perhubungan untuk anggota KOPRIMA.

KOPRIMART Putrajaya

  • Aras G, Bangunan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya

KOPRIMART PUTRAJAYA merupakan cawangan pertama yang dibuka di Bangunan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. KOPRIMART Putrajaya dirasmikan oleh Ybhg Dato’ Seri Hj Mustafar bin Haji Ali pada 25 Oktober 2018. Selain daripada perniagaan barangan runcit, KOPRIMART Putrajaya juga menyediakan perkhidmatan fotostat dan printing untuk keperluan pelanggan yang datang berurusan dengan Imigresen.

KOPRIMART Johor Bahru

  • Aras G, Bangunan Kompleks Kementerian Dalam Negeri Setia Tropika, Johor Bahru

KOPRIMART Johor Bahru (KOPRIMART JB) merupakan cawangan kedua yang dibuka di Bangunan Kompleks Kementerian Dalam Negeri Setia Tropika, Johor Bahru. KOPRIMART JB dirasmikan oleh Pengarah Imigresen Negeri Johor Tuan Baharuddin bin Tahir pada 16 November 2021. Selain daripada perniagaan barangan runcit, KOPRIMART JB juga menyediakan perkhidmatan photostat dan printing untuk keperluan pelanggan yang datang berurusan dengan Imigresen dan juga penjualan aksesori dan cenderamata Imigresen.

KOPRIMART SERVICE

  • Aras 2, Bangunan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya

KOPRIMART Service merupakan kedai yang mula beroperasi pada 19 Januari 2022 di Aras 2 Bangunan Ibu Pejabat Imigresen, Presint 2, Putrajaya. Perniagaan di KOPRIMART Service tertumpu pada perkhidmatan fotostat, percetakan, perkhidmatan dokumen dan lain-lain perkhidmatan yang diperlukan untuk urusan Imigresen disediakan disini. Di sini juga turut disediakan perkhidmatan insurans pekerja asing.

KOPRIMART Kota Bahru

  • Kompleks Imigresen Negeri Kelantan

KOPRIMART Kota Bahru ( KOPRIMART KB ) merupakan cawangan ketiga yang beroperasi padaA 11 Januari 2023 di Kompleks Imigresen Negeri Kelantan.