MESYUARAT AGUNG KAWASAN ZON PANTAI TIMUR KELANTAN & TERENGGANU
MESYUARAT AGUNG KAWASAN ZON PANTAI TIMUR
EKS. IT & MULTIMEDIA-KOPRIMEDIA
KOPRIMA – Koperasi Imigresen Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai KOPRIMA mengorak langkah dalam mengembangkan lagi potensinya sebagai koperasi yang mampu menjadi salah satu sumber kebajikan Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan mengadakan Mesyuarat Agung Kawasan (MAK) Zon Pantai Timur di Kelantan pada 22 Feb 2019 (Juma’at). Mesyuarat ini termaktub dalam buku Undang-Undang Kecil Koperasi di Bahagian V, Organisasi dan Pengurusan dan menurut seksyen 36 Akta, yang padanya menyatakan tiap-tiap anggota mempunyai hak untuk hadir dan mengundi. Tujuan utama mesyuarat diadakan adalah untuk memilih satu perwakilan bagi tiap-tiap 20 orang anggota di satu-satu kawasan. Calon yang terpilih akan menjadi wakil kepada anggota dalam Mesyuarat Agung Perwakilan.
Kehadiran Mesyuarat Agung Kawasan di Kelantan adalah seramai 41 orang anggota yang diadakan di Ridel Hotel Kota Bharu, Kelantan. Mesyuarat ini turut dihadiri dan dirasmikan oleh Tuan Nik Akhtarulhaq bin Nik Abdul Rahman dan dipengerusikan oleh Tuan Hazman bin Hasan dan setiausaha mesyuarat ialah Puan Norhafzaniza binti Yassin. Antara pembentangan sepanjang mesyuarat ialah isu keanggotaan, kebajikan yang ditawarkan oleh KOPRIMA, pembentangan bajet kewangan, dan sedikit sebanyak pendedahan tentang peningkatan dan kemajuan yang dicapai oleh KOPRIMA. Selain itu dibuka juga sesi soal jawab bagi memberi penjelasan terhadap salah faham tentang jumlah potongan yang dibuat oleh KOPRIMA serta anggota juga dialu-alukan untuk mengutarakan pandangan dan cadangan yang mampu membina dan mengukuhkan lagi KOPRIMA agar dapat memberi lagi banyak manfaat kepada anggotanya.
Pada 23 Feb 2019 (Sabtu), KOPRIMA menganjurkan Mensyuarat Agung Kawasan di Sri Indah Beach Resort, Terengganu yang dihadiri seramai 44 orang anggota. Mesuarat Agung Kawasan di Terengganu dirasmikan oleh Puan Farah Hanim binti Abdul Rashid dan dipengerusikan oleh beliau sendiri. Manakala setiausaha yang dilantik ialah Puan Wan Mazlyna binti Che Mat. Hasil daripada sesi mesyuarat di kedua-dua tempat iaitu Kelantan dan Terengganu seramai 15 orang perwakilan telah dilantik di Kelantan dan 15 orang lagi di Terengganu. Persoalan tentang potongan juga telah selesai apabila KOPRIMA menunjukkan sistem pemotongan melalui Angkasa. Dalam sistem tersebut terdapat segala maklumat pemotongan anggota dan sebarang persoalan tentang pemotongan boleh rujuk secara terus ke pejabat KOPRIMA mahupun Angkasa untuk kepastian. Pembentangan tentang perkembangan Enclave Hotel dan Kondominium Sri Tijjani turut menjadi satu berita gembira buat anggota yang hadir kerana mendengarkan manfaat yang bakal diterima oleh mereka nanti. Selain itu permintaan untuk membuka cawangan KOPRIMart turut diutarakan dan cawangan yang akan dibuka dalam masa terdekat ini ialah di Johor berikutan tempat yang telah disediakan dan masih dalam perbincangan dan persediaan. Bagi negeri-negeri lain masih dalam perbincangan untuk mendapatkan lokasi yang strategik.
KOPRIMA yang dahulunya kerdil kini semakin berkembang dan dikenali oleh anggotanya. Sokongan padu daripada Mantan Ketua Pengarah JIM Ybhg. Dato’ Seri Hj. Mustafar Bin Hj. Ali turut menjadi penaik semangat untuk KOPRIMA terus bangkit untuk menjaga kebajikan ahlinya. Sokongan daripada anggota-anggota juga semakin meningkat dan peningkatan ini akan membawa lagi banyak faedah kepada anggota JIM sendiri.
We Care, We Share, We Save, We Serve
Mesyuarat Agung Kawasan, Kelantan
Mesyuarat Agung Kawasan, Terengganu

