MESYUARAT AGUNG KAWASAN ZON PANTAI TIMUR
EKS. IT & MULTIMEDIA-KOPRIMEDIA
KOPRIMA – Koperasi Imigresen Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai KOPRIMA mengorak langkah dalam mengembangkan lagi potensinya sebagai koperasi yang mampu menjadi salah satu sumber kebajikan Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan mengadakan Mesyuarat Agung Kawasan (MAK) Zon Pantai Timur di Kelantan pada 22 Feb 2019 (Juma’at). Mesyuarat ini termaktub dalam buku Undang-Undang Kecil Koperasi di Bahagian V, Organisasi dan Pengurusan dan menurut seksyen 36 Akta, yang padanya menyatakan tiap-tiap anggota mempunyai hak untuk hadir dan mengundi. Tujuan utama mesyuarat diadakan adalah untuk memilih satu perwakilan bagi tiap-tiap 20 orang anggota di satu-satu kawasan. Calon yang terpilih akan menjadi wakil kepada anggota dalam Mesyuarat Agung Perwakilan.
Kehadiran Mesyuarat Agung Kawasan di Kelantan adalah seramai 41 orang anggota yang diadakan di Ridel Hotel Kota Bharu, Kelantan. Mesyuarat ini turut dihadiri dan dirasmikan oleh Tuan Nik Akhtarulhaq bin Nik Abdul Rahman dan dipengerusikan oleh Tuan Hazman bin Hasan dan setiausaha mesyuarat ialah Puan Norhafzaniza binti Yassin. Antara pembentangan sepanjang mesyuarat ialah isu keanggotaan, kebajikan yang ditawarkan oleh KOPRIMA, pembentangan bajet kewangan, dan sedikit sebanyak pendedahan tentang peningkatan dan kemajuan yang dicapai oleh KOPRIMA. Selain itu dibuka juga sesi soal jawab bagi memberi penjelasan terhadap salah faham tentang jumlah potongan yang dibuat oleh KOPRIMA serta anggota juga dialu-alukan untuk mengutarakan pandangan dan cadangan yang mampu membina dan mengukuhkan lagi KOPRIMA agar dapat memberi lagi banyak manfaat kepada anggotanya.
Pada 23 Feb 2019 (Sabtu), KOPRIMA menganjurkan Mensyuarat Agung Kawasan di Sri Indah Beach Resort, Terengganu yang dihadiri seramai 44 orang anggota. Mesuarat Agung Kawasan di Terengganu dirasmikan oleh Puan Farah Hanim binti Abdul Rashid dan dipengerusikan oleh beliau sendiri. Manakala setiausaha yang dilantik ialah Puan Wan Mazlyna binti Che Mat. Hasil daripada sesi mesyuarat di kedua-dua tempat iaitu Kelantan dan Terengganu seramai 15 orang perwakilan telah dilantik di Kelantan dan 15 orang lagi di Terengganu. Persoalan tentang potongan juga telah selesai apabila KOPRIMA menunjukkan sistem pemotongan melalui Angkasa. Dalam sistem tersebut terdapat segala maklumat pemotongan anggota dan sebarang persoalan tentang pemotongan boleh rujuk secara terus ke pejabat KOPRIMA mahupun Angkasa untuk kepastian. Pembentangan tentang perkembangan Enclave Hotel dan Kondominium Sri Tijjani turut menjadi satu berita gembira buat anggota yang hadir kerana mendengarkan manfaat yang bakal diterima oleh mereka nanti. Selain itu permintaan untuk membuka cawangan KOPRIMart turut diutarakan dan cawangan yang akan dibuka dalam masa terdekat ini ialah di Johor berikutan tempat yang telah disediakan dan masih dalam perbincangan dan persediaan. Bagi negeri-negeri lain masih dalam perbincangan untuk mendapatkan lokasi yang strategik.
KOPRIMA yang dahulunya kerdil kini semakin berkembang dan dikenali oleh anggotanya. Sokongan padu daripada Mantan Ketua Pengarah JIM Ybhg. Dato’ Seri Hj. Mustafar Bin Hj. Ali turut menjadi penaik semangat untuk KOPRIMA terus bangkit untuk menjaga kebajikan ahlinya. Sokongan daripada anggota-anggota juga semakin meningkat dan peningkatan ini akan membawa lagi banyak faedah kepada anggota JIM sendiri.
We Care, We Share, We Save, We Serve
Mesyuarat Agung Kawasan, Kelantan
Mesyuarat Agung Kawasan, Terengganu
MESYUARAT AGUNG KAWASAN
Termaktub dalam Undang-Undang Kecil (UUK) Koperasi Imigresen Malaysia, Bahagian V Operasi dan Pengurusan Koperasi mengenai Mesyuarat Agung Kawasan. Ianya diadakan untuk memilih perwakilan untuk setiap kawasan bagi mengahidiri Mesyuarat Agung Perwakilan.
Seperti yang termaktub dalam UUK, KOPRIMA akan mengadakan Mesyuarat Agung Kawasan Zon Pantai Timur bagi Terengganu dan Kelantan pada bulan Februari 2019. Selain daripada mencapai objektif utama mesyuarat tersebut, diharap juga melalui pertemuan ini dapat mengeratkan silaturahim antara KOPRIMA dengan anggotanya, dan anggota-anggota dapat mengetahui perkembangan KOPRIMA yang terkini dengan lebih jelas lagi.
Pihak KOPRIMA juga telah menyediakan hadiah CABUTAN BERTUAH, MAKANAN dan ELAUN KEHADIRAN kepada semua anggota yang hadir.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui WhatApps dan media sosial FB Page & Instagram KOPRIMA. Terus ikuti perkembangan KOPRIMA di media sosial Facebook & Instagram
Untuk maklumat lanjut, Hubungi kami :
WAKTU OPERASI 9.00 AM – 5.00 PM | ISNIN – JUMAAT
TEL : 03-3359 6293/6625/9727
WHATSAPP : 011-31935673
KOPRIMA juga menjadi pembekal dalam produk membuat dan menerima tempahan untuk cenderamata kepada Jabatan, Kelab Imigresen dan juga kepada orang luar.



Koperasi Imigresen Malaysia Berhad (KOPRIMA) juga menjalankan perniagaan membekal dan menjual air mineral kepada Jabatan Imigresen, Depot Tahanan, kelab-kelab imigresen dan juga pasaran luar.
Dengan pembabitan KOPRIMA dalam perniagaan ini diharap dapat menambahkan lagi hasil pendapatan Koperasi disamping dapat meluaskan lagi nama KOPRIMA khususnya di Malaysia.
CABUTAN BERTUAH TAHUNAN

Berita baik kepada semua anggota yang telah berdaftar dengan KOPRIMA dan
kepada yang masih belum berdaftar anda dialu-alukan untuk membuka akaun simpanan dan saham
di KOPRIMA kerana anda juga layak untuk memenangi cabutan bertuah tahunan ini.
REBUT PELUANG!!!!
Pemenang yang terpilih akan diumumkan dalam talian, facebook page dan laman web
rasmi KOPRIMA
Untuk sebarang pertanyaan dan sebagainya, boleh hubungi kami di talian:
>> No. Tel : 03 3359 6293/ 6625 /9727
>> Email : koprimaberhad@gmail.com / infokop@koprima.com.my
>> Facebook : Koperasi Imigresen Malaysia Berhad
Majlis Perasmian Pejabat KOPRIMA Cawangan Putrajaya
Klik pada gambar untuk resolusi gambar yang lebih jelas























